THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 28, 2010

SEJARAH KOMPANG


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia
Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.





Wednesday, June 23, 2010

PESTA MUZIK 2010

Pada 15 Mei yang lalu, SMK Puteri telah menyertai pertandingan Pesta Muzik yang diadakan di SMK Senawang. SMK Puteri telah berjaya mendapat tempat keempat bagi daerah zon 2.




mereka yang terlibat
dalam pertandingan tersebut...










paluan dan formasi kompang :







thank to : en.hadi, en.faizal, pn.isarimah, en.shahril, azreen, khalidah, syaidatul, farhana,
fatin, alifah, sofea, syuhadah, juliana, zatul, syaza, syazwini, afiqah, deanna,
adibah, nazirah..

Saturday, May 8, 2010

CARTA ORGANISASI (2010)

Kelab kebudayaan kompang smk puteri telah ditubuhkan pada tahun 2008.

berikut adalah carta organisasi kelab kompang
pada tahun 2010 :

Pengerusi
: Nur Azreen
Naib Pengerusi : Nur Khalidah
Setiausaha : Nurul Afiqah
Naib Setiausaha : Syaidatul Shareena
Bendahari : Nini Nur Nadia
Naib Bendahari : Sofea Norsalwanie
Ahli Jawatankuasa :
Tingkatan 5 : Fatin Syahirah
Tingkatan 3 : Nur Alifah
Tingkatan 2 : Nurul Syuhadah
Tingkatan 1 : Nur Deanna

terdapat seramai 36 orang ahli yang menyertai pasukan kompang tersebut.

GURU PENASIHAT 2010

  • En. Norulhadi bin Jusoh
  • Pn. Isarimah bt Mohd Isa
  • Pn. Siti Noraini bt Amran